Sunday, February 27, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Tarikh    : 25 Februari 2011
Hari       : Jumaat
Masa     : 7.30pg-12.00tgh hari
Tempat  : Dewan SMKM

Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah telah berjalan dengan jayanya. Dengan berslogan 1malaysia 1ummah, para pelajar berarak bersama sepanduk masing2. Kami 'Nurkasih' juga turut menyertai aktiviti perarakan ini. Situasi ini dapat meningkatkan kemahiran sosial dalam diri pelajar istimewa ini.

Pelajar menjahit sepanduk.................


Latihan selawat.............




















Monday, February 14, 2011

PROGRAM PERJUMPAAN WARIS

Satu perjumpaan waris pelajar telah diadakan seperti berikut:

Tarikh   : 11 Januari 2011
Hari      : Selasa
Masa    : 8.00pg-10.00pg
Tempat : Bilik mesyuarat SMKM

Perjumpaan ini bertujuan untuk memberikan maklumat pendidikan khas tahun 2011. Selain itu perjumpaan ini juga bertujuan memberikan pendedahan tentang pelajar bekeperluan khas kepada waris terutamanya bagi waris yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran.

Penceramah khas yang dijemput ialah En. Dzafir (Penyelaras Pendidikan Khas) dari SMK Kepala Batas. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada waris yang terlibat.


Pendaftaran oleh Pn. Syalina





Perasmian oleh Pn.Jamilah Bt Man (Pengetua SMKM) 


Penceramah jemputan En. Dzafir (Penyelaras PKBP SMK Kepala Batas)




Ibu-bapa mendengar penjelasan dengan penuh bersemangat 


Diharap dengan program ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang keperluan pendidikan kepada anak-anak mereka yang mempunyai masalah pembelajaran.....

Wednesday, February 2, 2011