1. MINGGU BAHASA
-Minggu bahasa diadakan bersama dengan pelajar aliran perdana. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu bahasa ialah mewarna, melukis, menyusun puzzle, kuiz BM dan BI, explorace bahasa dan sukaneka.

2. SAMBUTAN MAULIDURRASUL
-Sambutan Maulidurrasul telah diadakan diperingkat sekolah. Pelajar Nurkasih juga terlibat dalam perarakan. Masing-masing berarak dengan penuh semangat.
-Sambutan Maulidurrasul telah diadakan diperingkat sekolah. Pelajar Nurkasih juga terlibat dalam perarakan. Masing-masing berarak dengan penuh semangat.
3. PROGRAM LAWATAN KE IKM DAN THE CARNIVAL WATER PARK
- Lawatan ini disambut dengan hati terbuka oleh pihak pengurusan IKM,Sg Petani. Di sini pelajar ditunjukkan beberapa kemahiran. Antaranya jahitan,pembuatan perabot, pembuatan papan iklan, graphic design dan banyak lagi. Terima kasih diucapkan kepada pihak institut kerana sudi menerima kunjungan kami.
-Seterusnya kami ke Carnival Water Park. Program ini merupakan satu program yang amat diperlukan sebagai terapi.Kegembiraan jelas terpancar di wajah bersih putera dan puteri kami.
4. HARI TERBUKA PENDIDIKAN KHAS 2010
-Program ini dirasmikan oleh Tn Hj Aziz b. Hashim (Ketua Unit Pendidikan Khas, JPN Pulau Pinang). Program ini memaparkan hasil kerja pelajar Nurkasih. Antaranya ialah hasil jahitan,masakan,kraftangan, dobi, cuci kereta dan penternakan.
Program ini mendapat sokongan daripada pihak sekolah. Terima kasih tak terhingga kepada guru-guru Nurkasih atas penat lelah anda dalam menjayakan program ini. Insyaallah penat lelah kita semua demi anak-anak tersayang akan mendapat ganjaran yang tak ternilai....amin...
6. KEMBARA NURKASIH KE MELAKA
Kembara Nurkasih membawa pelajar menjelajah negeri Melaka yang dikenali sebagai "Negeri Bersejarah". Kembara ini telah menerokai Perigi Hang Tuah, Menara Taming Sari, A Farmosa, Taman Buaya dan banyak lagi. Ini merupakan kenangan yang terindah bagi para pelajar Nurkasih. Program ini mendapat sumbangan dari beberapa pihak iaitu KFC Holding dan MC Donalds. Terima kasih tak terhingga....